Sukan SEA tetap diteruskan esok – Penganjur


shadow

MANILA: Temasya Sukan SEA 2019 tetap akan diteruskan seperti biasa disebalik laporan berhubung taufan Tisoy yang dijangka melanda Filipina awal pagi esok, sekali gus ia kemungkinan akan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC), Ramon Suzara, berkata pihaknya sudah pun bersedia dengan pelan kecemasan sejak dari awal sekiranya kehadiran taufan berkenaan memberi kesan kepada venue pertandingan.

“Semua pengarah teknikal di venue pertandingan sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan diarah mengambil langkah berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

“Kami juga sudah mengarahkan semua kontraktor untuk membuka khemah di venue pertandingan terutama di venue terbuka sejak semalam sebagai langkah berjaga-jaga

“Untuk acara dalam dewan seperti bola keranjang dan bola tampar akan tetap diteruskan tetapi mungkin tanpa kehadiran penonton. Ia pernah dilakukan sebelum ini selagi tahap taufan masih dalam keadaan terkawal,” kata Suzara ketika sidang media, hari ini.

Ramon, berkata pihaknya tidak akan melanjutkan atau menunda tarikh bagi saingan edisi kali ke-30 ini yang berlangsung di tiga lokasi iaitu siini, Clark dan Subic.

“Tiada lanjutan tarikh kerana sentiasa ada jalan penyelesaian terhadap perkara ini. Semua pegawai akan memaklumkan kepada kontinjen negara mengenai perkara ini,” katanya.

Tinggalkan komen anda