LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berharap Paul Pogba atau Scott McTominay pulih daripada kecederaan untuk untk disenaraikan dalam perlawanan Liga Perdana bertemu Tottenham bimbingan Jose Mourinho.
Pogba dan rakan pemain tengah United, McTominay tidak menyertai perlawanan ketika sekadar seri 2-2 menentang Aston Villa di Old Trafford.
Bintang United, Pogba diketepikan sejak September lalu berikutan kecederaan buku lali, sementara McTominay mengalami kecederaan buku lali ketika kemenangan menewaskan Brighton dan Hove Albion sebelum rehat perlawanan antarabangsa.
Ketika bekas pengurus United, Mourinho – yang dilaporkan tidak sependapat dengan Pogba berikutan pemecatannya Disember lalu – bersedia untuk kembali ke Manchester bersama pasukan Tottenham pada awal pagi Khamis ini, Solskjaer memberi bayangan terkini pemain tengahnya.
“Kami masih mempunyai dua hari lagi dan kami perlu lihat mereka yang lain juga di sini,” kata Solskjaer kepada pemberita apabila ditanya tentang Pogba dan McTominay.
“Kami mempunyai hanya dua hari lagi, jadi kita lihat nanti tetapi kami berharap dapat melihat salah seorang daripada mereka di padang. Mereka bekerja keras di belakang tabir.” – Agensi
Tinggalkan komen anda