BERLIN: Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain menajringkan gol lewat permainan ketika Juventus yang sudah layak menewaskan tuan rumah, Bayer Leverkusen 2-0 dalam saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara awal pagi tadi seterusnya menyingkirkan kelab Jerman itu daripada kejohanan.
Ronaldo menyambar hantaran dari jarak dekat pada minit ke-75 selepas terlepas peluang hampir sama pada babak pertama dan Higuain meledak pada penamat untuk meletakkan Juve di persada kumpulan dengan 16 mata.
Atletico Madrid, dengan 10 mata juga mara selepas menang 2-0 mengatasi Lokomotiv Moscow, meninggalkan Leverkusen di tangga ketiga dengan enam mata dan tempat ke Liga Europa tahun depan.
Leverkusen bermula dengan baik untuk mencari gol awal tetapi kelab Itali itu yang hampir mendapatkannya apabila Higuain membawa bola ke dalam kotak penalti tetapi Ronaldo terlalu lewat.

Selepas rehat Juve mengawal rentak dengan tuan rumah tampak semakin tertekan.
Ronaldo, yang menamatkan kemarau jaringan awal bulan ini, juga menjaringkan gol dalam liga awal minggu ini, meledak berbaki 15 minit permainan dengan menyambar hantaran lintang Paulo Dybala yang menamatkan usaha pasukan Jerman itu untuk layak.
Dybala kemudian membantu jaringan kedua Higuain yang merebat rendah. – Reuters
Tinggalkan komen anda