Neymar mula pamer sentuhan sebenar


shadow

PARIS: Neymar menandakan permulaan sulung Liga Juara-Juara selepas setahun dengan menjaringkan satu gol dan membantu untuk dua lagi ketika Paris Saint-Germain menang 5-0 mengtasi Galatasaray awal pagi tadi.

Mauro Icardi dan Pablo Sarabia menjaringkan gol pada babak pertama di Parc des Princes, dengan pemain termahal dunia itu mendapatkan gol ketiga pasukannya selepas dua minit perlawanan bersambung.

Kylian Mbappe menjaringkan gol keempat dan pemain gantian, Edinson Cavani menambah penalti lewat permainan ketika PSG – yang sudah layak ke kelompok 16 terakhir selaku juara kumpulan – mengumpul 16 mata daripada keseluruhan 18 dalam Kumpulan A, lima mata di depan Real Madrid.

Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain Galatasary, Ryan Donk pada aksi saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. – Foto AFP

Tinggalkan komen anda