Mayweather kalahkan Ronaldo, Messi


shadow

LONDON: Floyd Mayweather mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi selepas muncul sebagai antara atlet terkaya sepanjang dekad ini.

Majalah gaya hidup Amerik Syarikat, Forbes menyenaraikan 10 atlet terkaya sejak 2010 dan atlet dengan julukan ‘Money Man’ itu mengungguli tempat pertama.

Ikon tinju berusia 42 tahun itu memperolehi 706 juta pound (RM3.7 billion) menerusi karier tinjunya sepanjang 10 tahun lalu walaupun dia adalah paling kurang aktif berbanding atlet lain yang disenaraikan.

Dia hanya bertarung dalam 10 perlawanan sepanjang 10 tahun lalu dengan perlawanan terakhirnya dua tahun lalu apabila bersara pada Ogos 2017 selepas perlawanan ‘blockbuster’ menentang bintang seni mempertahankan diri campuran (MMA), Conor McGregor.

Perlawanan itu membolehkan Mayweather mengaut AS$300 juta (RM1.24 billion) selain memperolehi AS$200 juta (RM827 juta) daripada pertarungan dengan Manny Pacquaio pada 2015.

Menerusi laman media sosialnya, Mayweather menulis ‘tahniah kepada semua atlet yang berada dalam senarai!’

Dua pemain bola terhebat berada dalam kedudukan kedua dan ketiga iaitu Ronaldo yang menghimpun pendapatan keseluruhan 617 juta pound (RM3.3 billion) mengatasi Messi yang memperoleh 578.5 juta pound (RM3.1 billion).

Tangga keempat menjadi milik legenda bola keranjang, LeBron James dengan gaji sedekad sebanyak 524.5 juta pound (RM2.8 bilion).

Legenda tennis, Roger Federer di tangga kelima mengatasi dua pemain golf, Tiger Woods dan Phil Mickelson sementara Manny Pacquaio di tangga kelapan di hadapan bintang NBA, Kevin Durant dan Lewis Hamilton di tangga ke-10.

Senarai pendapatan atlet terkaya sepanjang dekad lalu:

1. Floyd Mayweather 706 juta pound (RM3.7 bilion) 

2. Cristiano Ronaldo 617 juta pound (RM3.3 bilion) 

3. Lionel Messi 578.5 juta pound (RM3.1 bilion).

4. LeBron James 524.5 juta pound (RM2.8 bilion).

5. Roger Federer 493.7 juta pound (RM2.6 bilion)

6. Tiger Woods 474.4 juta pound (RM2.5 bilion)

7. Phil Mickelson 370.25 juta pound (RM2 bilion)

8. Manny Pacquaio 335.5 juta pound (RM1.8 bilion)

8. Kevin Durant 327.8 juta pound (RM1.8 bilion)

9. Lewis Hamilton 308.5 juta pound (RM1.7 bilion)

– Agensi

Tinggalkan komen anda