LIVERPOOL: Jurgen Klopp hari ini menyangkal khabar angin yang mendakwa The Reds memancing bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris, dengan menyertai pasukan bimbinganya itu Januari depan.
Sancho dilaporkan bergelut sepanjang bersama bekas pasukan bimbangan Klopp musim lalu dan kerap memanaskan bangku simpanan.
Spekulasi dia berubah selera bertambah kencang apabila jurulatih Dortmund, Lucien Favre dilaporkan berkata dia hanya memberi keutamaan kepada pemain yang ‘fokus dan sedia’ dalam pasukannya sekali gus menyaksikan Sancho meledak gol ketika menentang Barcelona di Camp Nou yang berkesudahan Barca menang 3-1.
Justeru, khabar angin Sancho yang juga bekas pemain skuad remaja Manchester City yang menyertai Dortmund pada 2017, menyertai Liverpool hangat diperkatakan ketika ini.
Namun, Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc berkata dia tidak yakin Sancho meninggakan pasukan itu Januari ini manakala Klopp tegas menafikan bahawa spekulasi itu tidak pernah berbangkit di Merseyside.
“Dia memang pemain yang bagus,” kata Klopp mengenai Sancho ketika disoal dalam sidang media pra perlawanan menentang Everton awal pagi esok.
“Saya tidak ada petunjuk mengenai punca semua perkara ini, ini memang bukan daripada kami kerana kami tidak pernah menyebut langsung mengenainya.
“Jika kami terbabit, tiada siapa tahu melainkan orang yang memulakannya.
“Perkara ini tidak perlu dibangkitkan lagi yang bermakna tidak perlu diperkatakan langsung.”
Laporan mendakwa Dortmund meletakkan nilai Sancho – yang sudah meledak tujuh gol dalam 19 penampilan dalam semua kejohanan musim ini pada harga €140 juta (RM648 juta).
“Ini satu lagi isu, 100 peratus isu,” kata Klopp apabila ditanya mengenai kemampuan Liverpool terhadap yuran perpindahan yang tinggi itu.
Klopp bagaimanapun mengakui Liverpool akan cuba mengukuhkan pasukan itu dengan mendapatkan beberapa pemain baharu yang sesuai pada jendela perpindahan bulan depan. – Agensi
Tinggalkan komen anda