Kerjasama ‘kunci’ selamatkan Watford – Pearson


shadow

LONDON: Pengurus baharu Watford, Nigel Pearson percaya kerjasama secara menyeluruh akan jadi ‘kunci’ kepada kelab itu untuk terus kekal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Pengurus 56 tahun yang membantu Leicester City kekal di saingan utama pada 2015 muncul pengendali ketiga Watford musim ini selepas Javi Gracia dan Quique Sanchez Flores dipecat.

“Bolehkah kami bertahan? Ya,” kata Pearson. “Sememangnya kami boleh bertahan tetapi kami perlu ada kerjasama daripada semua pihak berkaitan. Pemain sebagai kumpulan, dan juga staf di kelab ini.

“Saya sudah diperkenalkan dengan ramai kakitangan yang bekerja di stadium. Ia memacu saya dan mungkin kami perlu menjenamakan semula ketika atas padang. Tetapi saya yakin yang kami mampu melakukannya.” 

Perlawanan pertama Pearson di Watford pasti sukar apabila bertemu pendahulu liga, Liverpool, esok.

Tetapi dia yang tidak mengendalikan mana-mana kelab di Liga Perdana sejak meninggalkan Leicester lebih empat tahun lalu kekal tenang. – AFP

Tinggalkan komen anda