Jesus gembira kembali temui sentuhan gol


shadow

ZAGRED: Gabriel Jesus berkata dia tidak boleh berhenti menjaringkan gol selepas hatriknya membantu Manchester City mengurangkan tekanan di Liga Perdana dengan kemenangan a 4-1 dalam Liga Juara-Juara mengatasi Dinamo Zagreb di ibu kota Croatia, awal pagi tadi.

Pemain Brazil itu menggunakan sepenuhnya kelebihan dalam pasukan sejak kehilangan Sergio Aguero akibat kecederaan.

Selepas dua jaringan ketika menang 4-1 di Burnley minggu lalu, Jesus melalui 10 perlawanan buat negara dan kelab tanpa sebarang gol.

“Saya perlu melakukan tugas saya, tugas saya menjaringkan gol dan membantu pasukan,” katanya kepada BT Sports.

“Bulan lalu saya tidak menjaringkan gol jadi saya rasa sangat buruk kerana saya tidak menjaringkan gol, tidak membantu rakan sepasukan. Sekarang jaringan sudah tiba, jadi saya sangat gembira. Saya tidak boleh berhenti.”

Dinamo memerlukan kemenangan untuk mencari peluang menyertai juara Kumpulan C, City ke kelompok 16 pasukan terakhir dan bermula baik apabila voli Dani Olmo menerjah gawang pada 10 minit pertama.

Bagaimanapun City terlalu berkualiti buat tuan rumah dan tiga jaringan Jesus dalam tempoh 20 minit babak pertama menukar perlawanan sebelum Phil Foden menambah gol keempat. – AFP

Tinggalkan komen anda