Inter ubah fokus buru trofi Serie A


shadow

MILAN: Selepas kecewa di Liga Juara-Juara, Inter Milan mula mengalihkan fokus dalam mengejar kejuaraan Serie A buat kali pertama sejak 2010.

Inter muncul pasukan tunggal daripada Itali yang gagal meneruskan saingan ke kalah mati saingan elit Eropah itu namun kini berkelebihan dua mata berbanding juara bertahan, Juventus.

“Saya dapat lihat kekecewaan di mata pemain dan saya sedih dengan apa yang berlaku. Kami perlu kembali bangkit,” kata pengendali Inter, Antonio Conte.

“Kami masih ada dua perlawanan sebelum rehat perayaan Krismas dan saya harap kami akan dapat mengembalikan semula pemain yang cedera.”

Inter dijadual bertemu Fiorentina, Ahad ini dengan Cristiano Ronaldo akan mengetuai Juventus melayan kunjungan Udinese.

Perebutan kedudukan ketiga juga menarik apabila Lazio dan Cagliari akan membuat perhitungan sesama sendiri. – AFP

Tinggalkan komen anda