Choon How hadiah emas kedua


shadow

MANILA: Atlet wushu, Loh Choon How merakam kemenangan berganda apabila dia meraih pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA 2019.

Kejayaan itu hadir selepas Choon How mengungguli acara taijijian dengan 9.68 mata sekali gus mengetepikan saingan pencabar terdekatnya dari Filipina, Jones Llabres yang mengutip 9.65 mata di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Gangsa dimenangi atlet Brunei, Hosea Wong yang mengutip 9.60 mata.

Semalam, Choon How menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara selepas dia mendominasi acara taijiquan dan ini adalah emas kelima buat kontinjen Malaysia selepas empat emas diraih semalam.

Atlet Malaysia, Loh Choon How ketika beraksi dalam acara akhir Wushu Taijijian Lelaki Sukan SEA Filipina 2019 di Pusat dagangan Dunia (WTC) Manila. – Foto Osman Adnan

Tinggalkan komen anda