BERLIN: Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich menegaskan penyandang juara itu tidak lagi berupaya untuk menggugurkan lagi dalam pemburuan kejuaraan Bundesliga ketika musim cuti kian menghampiri.
Kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri kepada Leverkusen dan ke atas pendahulu, Borussia Moenchengladbach, Sabtu lalu menyaksikan Bayern ketika ini menghuni tangga ketujuh liga.
“Kami tidak boleh lagi mensia-siakan mata,” kata Kimmich selepas Bayern memenangi perlawanan pertama dalam tiga perlawanan terakhir ketika menewaskan Tottenham, awal pagi semalam dalam saingan Liga Juara-Juara.
Menuju perlawanan dengan Werder Bremen di laman sendiri, esok Bayern ketika ini ketinggalan tujuh mata di belakang Gladbach.
Begitupun, dalam tempoh yang sama musim lalu, mereka ketinggalan sembilan mata di belakang Dortmund tetapi akhirnya menjulang kejuaraan ketujuh Bundesliga berturut-turut pada Mei.
Selepas dipalit beberapa kekalahan di pentas domestik, pengendali sementara Hansi Flick berkata kemenangan ke atas skuad kendalian Jose Mourinho sebagai ‘petanda yang kami boleh mengubah peluang kepada kemenangan.’
Lawan yang akan ditentang, Bremen ketika ini bergelut dan menghuni tangga ke-14 liga selepas hanya mengutip 14 mata pada musim ini dengan kali terakhir mereka menang di Allianz Arena adalah pada September 2008.
Tetapi ketua jurulatihnya, Florian Kohfeldt, 37, berkata Bremen bertekad untuk mencuri mata bagi mengelak zon penyingkiran dengan kemenangan di Munich jelas akan membangkitkan semangat pemain.
“Kami perlu garang. Kami harus menjadi garang,” katanya mengulas mengenai kedudukan pasukannya dalam liga. “Kamu sama ada boleh menyorok dan berharap perkara akan pulih seperti biasa atau menjadi garang dan mengubahnya kepada tenaga.” – AFP
Tinggalkan komen anda