Tiket Malaysia-Thailand dijual jam 3 petang ini


shadow

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,000 keping tiket kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sudah terjual menerusi atas talian.

Baki tiket akan dijual secara fizikal di lima kaunter stadium bermula jam 3 petang ini di Pintu A, B, C, D dan E.

Menerusi muat naik akaun rasmi Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pintu A, B, C dan D dikhususkan kepada penyokong Malaysia manakala Pintu E untuk peminat Thailand.

“Sila datang awal untuk pembelian tiket dan kemasukan ke dalam stadium bagi mengelak kesesakan terutama pada waktu puncak,” menurut kenyataan FAM menerusi laman sosial Facebook.

Harga tiket di kaunter adalah RM40 untuk tempat duduk terbuka, RM60 (Grandstand), RM90 (FAM Premium) dan RM7 untuk kanak-Kanak berusia 7 hingga 12 Tahun.

Tinggalkan komen anda