Szczesny pertahan Ronaldo


shadow

MILAN: Reaksi berang Cristiano Ronaldo selepas digantikan ketika perlawanan Serie A menentang AC Milan, minggu lalu adalah ‘normal’ dan penyerang bintang itu akan memainkan peranan penting untuk Juventus musim ini, kata rakan sepasukannya Wojciech Szczesny.

Ronaldo dikeluarkan pada babak kedua permainan ketika Bianconeri sedang memburu gol sebelum pemain yang menggantikannya, Paulo Dybala meledak gol kemenangan 1-0 pasukan.

Sejurus dikeluarkan, bekas pemain Real Madrid itu terus menuju ke terowong stadium dan dilaporkan meninggalkan Stadium Allianz sebelum wisel penamat ditiupkan dan tindakannya itu mengundang simpati Szczesny.

“Saya fikir adalah normal untuk juara sedikit marah apabila dia meninggalkan padang,” kata penjaga gol itu. “Dia akan kembali dengan keadaan fizikal yang lebih baik dan seperti yang dia selalu lakukan, dia akan menjadi perbezaan untuk tempoh yang genting pada musim ini.

“Sejak beberapa minggu ini dia tidak berlatih dalam keadaan 100 peratus, selepas rehat antarabangsa ia akan menjadi lebih baik. Kami semua tahu mengenai kualitinya dan juga personaliti Ronaldo.”

Selepas perlawanan, bintang Portugal itu menulis dalam laman Instagram: “Perlawanan yang sukar, kemenangan yang penting!”ADVERTISING

Jurulatih Juve, Maurizio Sarri kemudian mengesahkan Ronaldo masih bergelut dengan kecederaan lutut dan menegaskan dia harus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana cuba bermain ketika sakit.

Reaksi Ronaldo memberi petunjuk dia tidak gembira dengan keputusan Sarri dan kelab itu mengesahkan tidak akan mengambil tindakan terhadapnya. 

Portugal dijadual menentang Lithuania, awal pagi Jumaat ini tetapi belum pasti jurulatih, Ronaldo dijangka akan disenaraikan jurulatih Fernando Santos akan menyenaraikannya. – Agensi

Tinggalkan komen anda