Ridzuan Puzi raih gangsa Kejohanan Dunia


shadow

KUALA LUMPUR: Atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki T36 di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

“Pemenang anugerah Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018 itu mencatatkan masa 11.97 saat (s) dan catatan itu tidak jauh daripada catatan terbaik peribadinya 11.87s yang dilakukan di Sukan Para Asia Jakarta 2018,” menurut laman sesawang www.paralympics.org.

Atlet Australia, James Turner mencipta rekod dunia baharu 11.72s yang menyaksikannya meraih pingat emas manakala atlet China, Yang Yifei memenangi pingat perak dengan catatan rekod Asia baharu, 11.79s.

Rekod Asia sebelum ini dipegang oleh Ridzuan Puzi yang dilakukannya di Jakarta,

Sebagai rekod, Ridzuan Puzi atau lebih dikenali sebagai Dikwan memenangi pingat emas dalam kejohanan sama pada 2015 di Doha, Qatar tetapi pada edisi 2017 di London, dia meraih pingat perak.

Pingat gangsa daripada atlet berusia 32 tahun itu menyaksikan Malaysia meraih tiga pingat termasuk dua daripada perak daripada Jonathan Wong Kar Gee (lompat jauh T12) dan Muhammad Ziyad Zolkefli lontar peluru T20.  – BERNAMA

Tinggalkan komen anda