Murray bebas kecederaan


shadow

LONDON: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray berkata dia akhirnya boleh bermain tanpa sebarang kebimbangan terhadap kecederaan pinggulnya selepas menjalani pembedahan pada Januari lalu, namun dia menjangkakan Terbuka Australia pada tahun depan sebagai ujian terbesar kepada perkembangan dirinya.

Pemain berumur 32 tahun itu pada mulanya kelihatan di ambang berakhirnya kariernya sebagai pemain pada awal tahun ini tetapi kembali menyertai siangan perseorangan pada Jelajah ATP pada Ogos lalu susulan pembedahan yang dilakukan dan memenangi trofi pertamanya sejak tahun 2017 menewaskan Stan Wawrinka di Antwerp pada bulan lalu.

Bermain hanya satu perlawanan bagi Britain yang mara hingga separuh akhir Final Piala Davis di Sepanyol pada minggu lalu berikutan isu pangkal paha yang dihadapinya, Murray berharap dapat meningkatkan kecergasannya pada Grand Slam pertama musim 2020.

“Saya tahu saya boleh memberi tentangan pada kejohanan major tanpa perlu bimbang mengenainya,” kata Murray.

“Saya bermain tiga set perlawanan dan yang panjang baru-baru ini, tetapi adalah yang terbaik dengan masa yang panjang, yang mana semuanya akan diuji di Australia.

“Pada permulaannya, anda fikirkan tentang itu (pinggul) selepas setiap pergerakan yang anda lakukan dan ia bukanlah cara yang baik untuk bersaing tetapi kini saya tidak lagi memikirkan tentang itu apabila bermain.”

Juara Grand Slam tiga kali itu dijadual bermain dalam Piala ATP yang julung kali diadakan di Australia bermula 3 Januari ini. – REUTERS

Tinggalkan komen anda