Kapten Frankfurt buat bos Freiburg terlentang


shadow

BERLIN: Kapten Eintracht Frankfurt, David Abraham diarah keluar padang susulan tindakannya menolak jatuh jurulatih Freiburg, Christian Streich ketika perlawanan Bundesliga, semalam yang berakhir dengan kekacauan.

Freiburg mendahului permainan 1-0 apabila bola terkeluar ketika masa kecederaan.

Streich yang berdiri di tepi padang sengaja membiarkan bola itu melepasinya ketika Abraham cuba untuk menangkap bola berkenaan sebelum dia kemudian menolak jurulatih itu menggunakan bahu ketika melepasinya.

Staf dan pemain Freiburg yang berang dengan insiden berkenaan bertindak mengejar pertahanan itu melepasi garisan padang yang menyaksikan pembantu jurulatih, Florian Bruns turut dilayangkan kad kuning.

Pemain Frieburg, Vincenzo Grifo, yang sudah pun digantikan dalam perlawanan itu dilayangkan kad merah selepas rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia sengaja menyerang Abraham berikutan insiden itu.

Freiburg memenangi perlawanan itu 1-0 hasil jaringan Nils Petersen pada minit ke-77.ADVERTISING

Frankfurt yang menewaskan Bayern Munich 5-1, minggu lalu berdepan tamparan sebelum rehat apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan layangan kad kuning kedua kepada Gelson Fernandes.

Kemenangan menyaksikan Freiburg mendaki ke tangga keempat liga selepas mengutip 21 mata daripada 11 perlawanan, berada di belakang Bayern berdasarkan perbezaan gol. – Agensi

Tinggalkan komen anda