TURIN (Itali): Sepakan percuma mengagumkan dari Paulo Dybala memastikan kemenangan Juventus 1-0 di laman sendiri bagi menewaskan Atletico Madrid pagi tadi sekali gus mengekalkan cengkaman dalam Kumpulan D Liga Juara-Juara.
Juara Itali itu yang sudah menempah tiket ke pusingan 16 terakhir dengan berbaki dua perlawanan memastikan kemenangan penuh bergaya di kedudukan teratas kumpulan, pada perlawana awal pagi tadi.
Dybala menjaringkan gol selepas dua minit separuh masa kedua bermula.
Sepakan kaki kirinya berjaya menembusi gawang yang kelihatan mustahil dibolosi apabila barisan pemain pelawat mebentuk benteng memenuhi gawang.
Pasukan Atletico yang dibimbing Diego Simeone memerlukan kemenangan dalam perlawanan akhir kumpulan menentang Lokomotiv Moscow di Madrid bagi menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.
“Saya rasa Dybala menjaringkan gol yang kami tidak boleh sarankan,” kata jurulatihnya, Maricio Sarri.
“Perkara pertama jurulatih akan katakan apabila dia melihat seseorang cuba mengambil sepakan daripada kedudukan seperti itu adalah ‘mengapa dia membuat percubaan dari situ!”
“Dia melakukan sesuatu yang luar biasa, dia berhak mendapat tepukan,” kata Sarri. “Ia adalah satu kemahiran luar biasa.”

Pengendali Juventus, Maurizio Sarri (kanan) melihat pemainnya, Cristiano Ronaldo pada perlawanan menentang Atletico Madrid, pagi tadi. – Foto AFP
Cristiano Ronaldo kembali bersama pasukan dan beraksi dalam keseluruhan perlawanan selepas diketepikan pada perlawanan bertemu Atalanta hujung minggu lalu dan dijadikan pemain gantian dalam dua perlawanan terakhir susulan masalah lutut.
Juventus menduduki tangga teratas Kumpulan D dengan 10 mata daripada lima perlawanan manakala Atletico di tangga kedua dengan mengutip tujuh mata, terpisah satu mata dengan Bayer Leverkusen (6 mata) manakala wakil Rusia, Lokomotiv Moscow di tangga terakhir dengan tiga mata. – AFP
Tinggalkan komen anda