City makin kaya hasil jualan saham


shadow

LONDON: Pemilik kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjual saham sebanyak AS$500 juta (RM2.093 bilion) kepada syarikat pengurusan pelaburan Silver Lake dengan memberi pendapatan bernilai AS$4.8 bilion (RM20.09 bilion), menurut laporan Financial Times hari ini.

Akhbar itu melaporkan firma ekuiti Silver Lake membeli 10 peratus daripada saham Kumpulan Bola Sepak City (CFG) yang dimiliki hartawan dari Abu Dhabi sambil menambah pengumuman rasmi mengenai pembelian itu dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Syarikat pengurusan pelaburan swasta dari Amerika Syarikat (AS) itu berhasrat untuk memiliki saham itu buat tempoh 10 tahun tetapi berkemungkinan akan dijual menerusi saham terbitan awam atau penjualan kepada pelabur swasta lain, kata laporan itu.

Silver Lake turut berbincang dengan beberapa kelab bola sepak di England dan Eropah lain termasuk kelab Chelsea.

Juara Liga Perdana Inggeris itu merekodkan pendapatan AS$686.66 juta (RM2.874 bilion) dalam tahun kelima berturut-turut pada musim 2018-19, menandakan peningkatan pendapatan buat tahun ke-11 berturut-turut di bawah pemilikan keluarga kerabat dari Abu Dhabi. – AFP

Tinggalkan komen anda