Red Devils dibelenggu krisis keyakinan – Solskjaer


shadow

NEWCASTLE: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United dibelenggu krisis keyakinan apabila tunduk 1-0 kepada Newcastle dalam aksi Liga Perdana, awal pagi tadi.

Prestasi longlai skuad kendalian pengurus kelahiran Norway itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal selepas Matty Longstaff membuat penampilan sulungnya di Liga Perdana menerusi jaringan kemenangan Newcastle di St James Park.

Kekalahan menyaksikan United ketika ini hanya dibezakan dua mata daripada zon penyingkiran dan menghuni tangga ke-12 liga selain menjadi perlawanan ketiga-tiga berturut-turut pasukan itu tanpa kemenangan.

“Kami kecewa. Kami kehilangan beberapa pemain utama tetapi ia bukan alasan,” kata Solskjaer. “Segelintir pemain tiada keazaman dan kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan.

“Persembahan pada babak pertama adalah yang terburuk. Pada babak kedua, kami mendominasi tetapi tidak mencipta peluang.”

Lebih membimbangkan buat United, satu-satunya kemenangan pasukan itu dalam lima kejohanan terakhir adalah menerusi penalti berdepan kelab kerdil, Rochdale dalam aksi Piala Liga.ADVERTISING

Sekiranya ada yang menganggap terlalu awal untuk Solskjaer disingkirkan, pengendali United itu sedar dia perlu memperbaiki keputusan secepat yang mungkin.

“Ia tanggungjawab saya. Saya perlu menyelesaikannya. Pemain-pemain muda kurang keyakinan, mereka memerlukan bantuan daripada pemain dan staf yang berpengalaman. 

“Mereka adalah manusia biasa dan mahu membuat yang terbaik. Mereka perlu melihat hasil daripada kerja keras dan kami tidak memperoleh keputusan itu jadi ia akan mengganggu mereka,” kata Solskjaer dengan United tidak pernah menang di gelanggang lawan sejak menewaskan Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara pada Mac lalu. – AFP

Tinggalkan komen anda