Tierney, Bellerin dijangka kembali perkuat Arsenal


shadow

LONDON: Pertahanan Arsenal, Kieran Tierney dan Hector Bellerin sudah memulakan latihan penuh sebagai persiapan membantu Gunners berdepan Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris EPL), Ahad ini.

Kedua-dua pertahanan itu belum dapat dikerah dalam aksi awal EPL musim ini susulan kecederaan yang dialami belum sembuh.

Tierney sejak pindah dari Celtic belum dapat diturunkan manakala Bellerin terpaksa direhatkan sejak Januari angkara kecederaan ligamen.

Namun ketua jurulatih Arsenal, Unai Emery, lega dapat menurunkan satu daripada pertahanan itu selepas mereka kembali menjalani latihan penuh tanpa masalah semalam.

Selain itu, kehadiran pertahanan tengah, Rob Holding dan Konstantinos Mavropanos turut memberi Arsenal harapan selepas kedua-duanya cergas sekembali dari rehat antarabangsa.

The Gunners setakat ini mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan.

Arsenal menewaskan Newcastle United 1-0 dan Burnley 2-1 pada dua aksi awal liga tapi tewas kepada Liverpool 1-3 dan kemudian bangkit untuk mengikat Spurs 2-2 pada aksi terakhir liga sebelum rehat antarabangsa. – Agensi

JADUAL ESOK:

Liverpool mln Newcastle, 7.30 mlm

Man United mln Leicester, 10 mlm

Sheffield mln Southampton, 10 mlm

Brighton mln Burnley, 10 mlm

Wolves mln Chelsea, 10 mlm

Tottenham mln Crystal Palace, 10 mlm

AHAD

Norwich mln M City, 12.30 tgh mlm

Bournemouth mln Everton, 9 mlm

Watford mln Arsenal, 11.30 mlm

SELASA

Aston Villa mln West Ham, 3 pagi

Tinggalkan komen anda