Khabib kekal gelaran lightweight


shadow

ABU DHABI: Khabib Nurmagomedov mengekalkan rekod tanpa kalah dan kejuaraan lightweight selepas menewaskan Dustin Poirier di pusingan ketiga UFC 242 di Abu Dhabi.

Juara sensasi dari Russia itu berpeluang menamatkan perlawanan di pusingan pertama dan kedua tetapi lawan dari Amerika Syarikat itu bertahan sehingga loceng berbunyi.

Namun di pusingan ketiga, ketika Poirier berpeluang mengejutkan lawannya, Khabib berjaya mencuri ruang untuk mengunci leher Poirier dengan tangannya sekali gus mengesahkan kemenangan.

Nama Khabib kini menguasai UFC. Kemenangannya ke atas Conor McGregor tahun lalu dibayangi insiden pergaduhan, tetapi kali ini ia diraikan penuh gemilang di Abu Dhabi yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Melihat seorang Muslim berjaya di pentas dunia mencetus penubuhan gym seni bela diri campuran (MMA) di rantau ini.

Walaupun terbabit dalam pergaduhan selepas perlawanan dengan McGregor, digantung sembilan bulan dan didenda AS$500,000 (RM2.1 juta) di Las Vegas tahun lalu, Khabib disambut seperti wira di negaranya. – AGENSI

Tinggalkan komen anda