FAM, MFL bayar RM2 juta tunggakan gaji 6 pasukan


shadow

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi enam pasukan Liga Malaysia berjumlah RM2,458,970.20 melalui pembayaran pada Khamis dan Jumaat lalu.

Enam pasukan berkenaan terdiri daripada tiga pasukan Liga Super iaitu Melaka, Felda United dan Kuala Lumpur, serta tiga pasukan Liga Premier iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pulau Pinang dan Sarawak.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata, sumber kewangan untuk menjelaskan tunggakanberkenaan adalah daripada wang hak penyiaran MFL dan baki deposit dalam simpanan FAM daripada enampasukan berkenaan.

“Bagaimanapun, pembayaran hanya dibuat kepada pemain dan pegawai yang kes tunggakan gaji atautuntutan lain itu sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM dan juga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) bagi kes melibatkan pemain import,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramalingam menjelaskan, inisiatif untuk memotong wang hak penyiaran dan mengunakan wang deposit daripada pasukan terlibat bagi menjelaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai ini adalah kali kedua.

Pada Mac lepas, FAM telah menggunakan wang deposit dan lain-lain wang milik pasukan terlibat berjumlahRM2,517,959.40 yang dipegang oleh FAM bagi menyelesaikan isu yang sama.

– Bernama

Tinggalkan komen anda