Watt ‘Top’ kini pengerusi baru Leicester City


shadow

LONDON: Aiyawatt ‘Top’ Srivaddhanaprabha dinamakan sebagai Pengerusi kelab Leicester City yang baru menggantikan mendiang ayahnya, Vichai yang maut dalam kemalangan pesawat, tahun lalu.

Srivaddhanaprabha yang sebelum ini berperanan sebagai Timbalan Pengerusi kini mengambil alih teraju kelab bagi meneruskan legasi ayahnya yang maut dalam nahas helikopter sejurus The Foxes menamatkan perlawanan menentang West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.

Anak usahawan berusia 34 tahun itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) King Power, disahkan sebagai pengerusi Leicester semalam manakala adiknya, Apichet mengambil tempatnya sebagai Timbalan Pengerusi kelab.

Satu kenyataan The Foxes menyebut Srivaddhanaprabha akan mengetuai kelab itu selaras dengan visi yang dimulakan ayahnya hampir sedekad lalu.

“Satu keistimewaan untuk saya menjadi pengerusi kelab hebat ini dan mengetuai keluarga Leicester City memasuki bab baharu bagi melengkapkan lagi cerita luar biasa kita,” kata Srivaddhanaprabha.

“Ia terasa seperti banyak lagi kisah luar biasa akan tiba,” katanya. – Agensi

Tinggalkan komen anda