Spurs intai Dybala


shadow

LONDON: Tottenham dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan penyerang Argentina, Paulo Dybala dengan yuran sekitar £69 juta pound (RM352 juta).

Spurs kekal sebagai pasukan yang masih mengejar penyerang serba boleh itu selepas kegagalan perpindahan ke Manchester United.

Pengurus Mauricio Pochettino memainkan peranan aktif dalam perjanjian antara dua kelab itu yang dikatakan berjalan lancar dan berkesan.

Keputusan yang kini bergantung hanya kepada pemain itu dan ejennya.

Sportsmail difahamkan bahawa gaji mungkin menjadi isu utama terhadap penyerang itu dengan Dybala meminta sekurang-kurangnya £300,000 pound (RM1.5 juta) seminggu yang akan mengatasi pemain dibayar paling mahal, Harry Kane dengan £250,000 pound (RM1.27 juta).

Cara berkenaan juga memberikan Juventus cukup dana untuk memenuhi permintaan harga Manchester United buat Romelu Lukaku, yang sebelum ini dirancang menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran dengan Dybala.

Spurs sudah berbincang dengan pengurusan tertinggi kelab Turin itu mengenai penyerang berusia 25 tahun itu dan menyatakan dengan jelas mereka bersedia memecahkan rekod perpindahan sebelum ini untuk membawa Dybala ke utara London.

Dybala mengalami masalah selepas kehadiran Cristiano Ronaldo di Juventus, hanya menjaringkan 10 gol musim lalu dan Juve menyatakan dengan jelas mereka mahu mengeluarkannya. – Agensi

Tinggalkan komen anda