Rodriguez tambah masalah kecederaan Real


shadow

MADRID: Masalah kecederaan Real Madrid berterusan pada permulaan musim selepas pemain tengah, James Rodriguez mengalami kecederaan betis.

Pemain Colombia itu yang memulakan saingan pertama buat kelab itu Sabtu lalu sejak Mei 2017 ketika seri 1-1 berdepan Valladolid, dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Bernabeu ketika jendela perpindahan. 

Bagaimanapun kecederaan itu bermakna dia akan kekal dengan kelab itu sekurang-kurangnya hingga Januari.

“Dia disahkan mengalami kecederaan otot pada betis kanan. Kita akan terus memantau pemulihannya,” kata kenyataan Real.

Masalah kecederaan semakin bertambah di Real hanya selepas dua minggu musim bermula.

Pemain tengah penyerang, Marco Asensio tampak akan terlepas baki saingan musim ini kerana kecederaan lutut.

Pemain baharu, Eden Hazard dan Rodrygo juga masing-masing mengalami kecederaan otot sama seperti penyerang gantian, Mariano Diaz.

Rodriguez hampir pasti akan terlepas saingan hujung minggu ini di Villarreal selain perlawanan persahabatan negaranya menentang Brazil dan Venezuela. – Reuters

Tinggalkan komen anda