Red Star, Dinamo, Olympiakos lolos


shadow

BELGRADE, Serbia: Bekas juara Piala Eropah, Red Star Belgrade mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk dua musim berturut-turut selepas seri 1-1 di laman sendiri menentang kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi playoff menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Mereka disertai juara Croatia Dinamo Zagreb yang juga seri 1-1 di Rosenborg selepas menang 2-0 pada perlawanan pertama. Olympiakos Piraeus menang 2-1 di Krasnodar untuk kemenangan 6-1 secara agregat ke atas kelab Russia itu.

“Saya bangga dengan pemain-pemain saya dan apa yang kami capai petang ini adalah kejayaan besar,” kata pengendali Red Star, Vladan Milojevic.

Pemain Young Boys, Roger Assale (kiri) dihalang pemain Red Star Belgrade, Jose Canas pada aksi perlawanan Liga Juara-Juara di Belgrade, awal pagi tadi. – Foto EPA

“Ia amat sukar. Kini kami dalam persiapan menghadapi musim kedua dalam kalangan pasukan-pasukan elit Eropah.”

Di Rosenborg, Dinamo ketinggalan susulan jaringan awal Babajide David sebelum Amer Gojak menyamakan kedudukan pada minit ke-71 untuk menutup peluang kelab Norway itu melakukan kebangkitan.

Olympiakos tiba di Krasnodar dengan bekalan 4-0 dan walaupun tuan rumah mendahului permainan menerusi Daniil Utkin pada minit ke-10, Youssef El Aarabi meledak dua kali bagi mengesahkan tempat ke peringkat kumpulan. – REUTERS

Tinggalkan komen anda