Pertahanan Chelsea sertai Roma


shadow

MILAN: Pertahanan Chelsea, Davide Zappacosta menyertai AS Roma selama enam bulan secara pinjaman dengan pilihan lanjutan sehingga penghujung musim, umum kelab Serie A itu, semalam.

Pemain kebangsaan Itali berusia 21 tahun itu pada masa sama melanjutkan kontraknya bersama Blues sehingga Jun 2022.

“Saya amat gembira menyertai Roma, selepas saya meraih pengalaman di luar negara yang membantu saya meningkat sebagai pemain dan juga manusia,” kata Zappacosta.

Pertahanan kanan itu menyertai Chelsea dari Torino dengan perjanjian selama empat tahun pada 2017. Dia melakukan 52 penampilan bersama Blues dengan 26 daripadanya di Liga Perdana.

Roma menamatkan saingan Serie A musim lalu di tangga keenam dan akan membuka kempen di gelanggang sendiri bertemu Genoa pada Ahad. – AFP

Tinggalkan komen anda