Pemenang Olimpik Bola Tampar China digantung doping


shadow

SHANGHAI: Pemain utama pasukan bola tampar China yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio digantung selama empat tahun selepas didapati bersalah mengambil bahan perangsang.

Yang Fangxu kini tidak dapat membantu pasukan China mempertahankan kemenangan pada Sukan Olimpik Tokyo tahun hadapan dan juga menyebabkan kariernya hampir berakhir.

Susulan daripada ujian yang dilakukan di luar kejohanan pada Ogos tahun lalu, atlet wanita berumur 24 tahun itu didapati positif dengan bahan perangsang erythropoietin (EPO), kata Agensi Anti Doping China (CHINADA).

Yang membantu memperoleh tiga mata di final Olimpik 2016 Rio ketika perlawanan final yang menyaksikan China menewaskan Serbia untuk peroleh pingat emas.

Pemain itu digantung sehingga tahun 2022 tetapi sudah tidak kelihatan daripada pasukan kebangsaan China sejak pengumuman semalam.

CHINADA juga berkata mereka menggantung pemain ais hoki, Li Jiaxin  dan juga atlet yang juga pelajar, Su Guanzhong. – AFP

Tinggalkan komen anda