Naomi Osaka kekal nombor satu dunia


shadow

PARIS: Naomi Osaka kekal di tangga teratas ranking WTA meskipun tersingkir dari Kejohanan Cincinnati Masters akibat kecederaan.

Pemain Jepun itu kalah di tangan pemain ranking ke-20, Sofia Kenin di suku akhir Ahad lalu susulan kecederaan lutut sekali gus penampilannya ke Terbuka Amerika Syarikat minggu depan menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu, Madison Keys berubah lapan anak tangga dan kini menduduki ranking ke-10 selepas muncul juara Cincinnati Masters, Ahad lalu.

Pemain Ukraine, Elina Svitolina turut berubah anak tangga dan kini menghuni ranking kelima dunia.

Sloane Stephens pula tercicir dari tangga ke-10 untuk menghuni ranking ke-11 selepas kalah pusingan ketiga di tangan Svetlana Kuznetsova di Cincinatti Masters.

Kiki Bertens pula di tangga ketujuh manakala Johanna Konta turun ke tangga 16. – AFP

Ranking WTA (Mulai 19 Ogos 2019)

1. Naomi Osaka (JPN) 6,606 mata

2. Ashleigh Barty (AUS) 6,501

3. Karolína Plísková (CZE) 6,315

4. Simona Halep (ROU) 4,743

5. Elina Svitolina (UKR) 4,492 (+2)

6. Petra Kvitová (CZE) 4,485

7. Kiki Bertens (NED) 4,325 (-2)

8. Serena Williams (AS) 3,935

9. Aryna Sabalenka (BLR) 3,320

10. Madison Keys (AS) 3,267 (+8)

11. Sloane Stephens (AS) 3,189 (-1)

12. Anastasija Sevastova (LAT) 3,167 (-1)

13. Belinda Bencic (SUI) 3,008 (-1)

14. Angelique Kerber (GER) 2,870 (-1)

15. Bianca Andreescu (CAN) 2,837 (-1)

16. Johanna Konta (GBR) 2,695 (-1)

17. Markéta Vondrousová (CZE) 2,651 (-1)

18. Qiang Wang (CHN) 2,593 (-1)

19. Caroline Wozniacki (DEN) 2,537

20. Sofia Kenin (AS) 2,460 (+2)

Tinggalkan komen anda