Momota masih tiada tandingan


shadow

PEMAIN handalan Jepun, Kento Momota mengekalkan gelaran perseorangan lelaki Kejuaraan Badminton Dunia apabila mengenepikan pemain berusia 22 tahun dari Denmark, Anders Antonsen 21-9, 21-3 di Basel, Switzerland, malam tadi.

Antonsen yang mengejutkan juara Olimpik, Chen Long pada saingan suku akhir tewas kepada juara bertahan itu dalam aksi berat sebelah di St Jakobshalle.

Pemain ranking pertama dunia itu hanya memerlukan selama 37 minit menumpaskan lawannya itu untuk muncul pemain keempat meraih gelaran berturut-turut selaku juara dunia.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda