Lukaku lengkapkan perpindahan ke Inter Milan


shadow

ROME: Romelu Lukaku melengkapkan penantian lama untuk berhijrah ke Inter Milan dari Manchester United sebentar tadi selepas kelab Serie A itu mengumumkan ketibaannya di Itali dengan perjanjian lima tahun.

“Pemain bola sepak Belgium, tiba dari Manchester United menerusi perpindahan kekal, sudah menandatangani kontrak dengan Nerazzurri hingga 30 Jun 2024,” kata Inter dalam kenyataan.

Kelab berkenaan tidak mendedahkan gaji Lukaku atau yuran dibayar kepada kelab Liga Perdana, United yang dilaporkan sekitar 80 juta euro (RM375 juta).

Inter mengumumkan perjanjian itu dengan video pemain berusia 26 tahun itu memakai jersi Inter berkata: “Inter: ia bukan untuk semua orang, kerana itu saya di sini.” – AFP

Tinggalkan komen anda