Lampard bidas kritikan Mourinho


shadow

MANCHESTER: Pengendali Chelsea Frank Lampard mempertahankan pemilihan pemain pasukannya ketika kekalahan 4-0 di tangan Manchester United di Old Trafford, yang mendapat kritikan daripada bekas pengendalinya Jose Mourinho.

Mourinho yang tampil sebagai pengkritik buat pertama kali ketika bekas perancangnya, Lampard menjadi pengendali Chelsea pada perlawanan sulungnya dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pengendali dari Portugal itu, dipecat oleh Manchester United pada Disember, sebelum itu mengkritik penyerang United Marcus Rashford dan Anthony Martial tetapi dibalas pemain United itu dengan dua gol diledak Rashford manakala Martial satu gol.

Bagaimanapun Mourinho mempertahankan kritikannya dengan mempersoalkan mampukah mereka beraksi secara konsisten apabila berdepan pertahanan lebih mantap.

“Saya rasa mereka boleh apabila berdepan pasukan seperti Chelsea, saya rasa mereka terlalu lembut,” kata Mourinho yang turut mempersoalkan taktikal Lampard.

“(Chelsea) tidak kompak dalam bertahan, terlalu banyak ruang untuk bermain, tidak agresif mendapatkan bola, barisan pertahanan, tengah, serangan, tidak kompak,” kata Mourinho.

“Ia prinsip asas, anda perlu bertahan secara kompak, dan Chelsea tidak melakukannya, jadi ia mudah untuk Man United.

“(Marcos) Alonso di bangku simpanan, (N’Golo) Kante di bangku simpanan, (Olivier) Giroud di bangku simpanan, dan bertandang ke Old Trafford, walaupun ini bukan Manchester United yang hebat seperti dulu, ia masih Manchester United.”

Lampard membidas kritikan bekas pengendalinya dengan berkata: “Saya tidak boleh mengheret pemain keluar daripada kecederaan untuk bermain. Berpengalaman atau tidak, pemain-pemain itu adalah pemain yang bermain hari ini.

“Saya tidak perlu risau dengan cakap-cakap pengkritik, mereka perlu bercakap. Apa yang jelas ini adalah skuad yang kita ada.” – REUTERS

Tinggalkan komen anda