NEW YORK: Cubaan Dominic Thiem memburu Grand Slam berakhir dengan kekecewaan apabia dikejutkan pemain bukan pilihan, Thomas Fabbiano 6-4 3-6 6-3 6-2 di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.
Pilihan keempat dari Austria itu gagal menandingi Fabbiano yang berusia 30 tahun yang berjaya menggunakan kekuatan tangannya untuk memenangi saingan.
Thiem, 25, sebaliknya melakukan 48 kesilapan di Stadium Arthur Ashe itu berbanding hanya 28 dilakukan pencabar dari Itali tu.
“Saya menewaskan pemain 10 teratas di Wimbledon dan seorang lagi di sini,” kata Fabbiano, yang mengejutkan pemain nombor lapan dunia, Stefanos Tsitsipas dalam pusingan pertama di Wimbledon Julai lalu.
“Saya sudah mula berminat dengan perlawanan besar seperti ini dan permainan saya makin meningkat.”
Thiem dalam pada itu mengakui dia keletihan selepas set kedua dan nyata ia ‘jauh dari 100%.’ADVERTISING
“Syabas kepadanya (Fabbiano) dan saya bangga dengannya. Bukan diri saya sebenar yang berada di gelanggang,” kata Thiem.
“Saya tidak tahu prestasi sebenarnya kerana dia bukan melawan diri saya yang sebenar.”
Bagi Thiem, yang pernah menewaskan Roger Federer di final Indian Wells awal tahun ini, kekalahan itu adalah kekecewaan terbarunya ketika berusaha keras memburu gelaran Grand Slam.
Thiem sebelum ini ditewaskan oleh Raja gelanggang tanah liat, Rafa Nadal di final Terbuka Perancis pada 2018 dan 2019 serta kempunan di suku akhir Terbuka AS tahun lalu. – Reuters
Tinggalkan komen anda