Djokovic mara ke suku akhir Cincinnati


shadow

CINCINNATI: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dijangka mudah mara ke final Masters Cincinnati ATP selepas melangkah ke pusingan suku akhir hari ini sementara pemain pilihan ketiga, Roger Federer terkandas,

Djokovic berjaya memperoleh kejayaan 6-3, 6-4 ke atas pemain ranking ke-53 dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta dalam tempoh 90 minit.

Juara bertahan itu bakal meneruskan saingan suku akhir esok, apabila dijadual bertemu pemain Perancis, Lucas Pouille yang terdahulu menewaskan pemain Russia, Karen Khachanov  6-7 (3/7), 6-4, 6-2.

“Saya sangat berpuas hati hari ini. Saya dapat menewaskan pemain yang sungguh berkualiti,” kata Djokovic.”Ia adalah kemenangan mudah tetapi mata itu tidak menggambarkan betapa sukarnya tadi.

“Dia memperoleh mata break dalam kedua-dua set dan saya dapat mengelakkannya dengan beberapa servis yang bagus. Keseluruhannya, ia adalah permainan yang baik.”

Terdahulu, Federer pula tewas dalam pertemuan pertamanya dengan pemain Russia,  Andrey Rublev, apabila tewas 6-3, 6-4.

Juara tujuh kali Cincinnati itu yang menyambut ulang tahun ke-38 tahun pada minggu lepas, tidak berjaya mengatasi Rublev, perlawanan keduanya sejak tewas di final Wimbledon kepada Djokovic. – AFP

Tinggalkan komen anda