Bournemouth ikat pemain tengah Liverpool


shadow

LONDON: Bournemouth memperoleh tandatangan pemain tengah serba boleh Liverpool, Harry Wilson secara pinjaman selama semusim, umum kedua-dua kelab Liga Perdana itu, semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang lahir dari akademi di Anfield boleh bermain di bahagian tengah atau sayap sudah menjaringkan 17 gol dalam 46 perlawanan ketika dipinjamkan ke Derby County, musim lalu dan membantu kelab itu mara ke final playoff Liga Kejuaraan.

Pemain kebangsaan Wales itu menjadi pemain kelima dibawa masuk pengurus Bournemouth, Eddie Howe musim ini.

Wilson yang dianggap amat berbakat membuat penampilan sulung bersama Reds ketika perlawanan Piala FA menentang Plymouth pada Januari 2017 turut pernah dipinjamkan ke Crewe Alexandra dan Hull City selain Derby.

“Apabila Liverpool memberitahu saya ada peluang untuk saya datang ke sini saya agak teruja. Saya mahu bermain di Liga Perdana dan beraksi dengan pasukan hebat seperti Bournemouth, kata Wilsonmemetik laporan laman web pasukan.

“Dengan corak permainan Bournemouth, saya dapat rasakan yang akan layak berada di sini dan berusaha membantu pasukan sekeras yang mungkin.”

Wilson, yang menandatangani lanjutan kontrak jangka panjang baharu di Liverpool pada Julai 2018 bermain dalam ketujuh-tujuh perlawanan pra-musim Reds baru-baru ini dan menjaringkan gol ketika menentang Borussia Dortmund serta Olympique Lyonnais.

“Kami perlu bekerja keras untuk mengesahkan perjanjian ini tetapi saya percaya Harry boleh menambah kualiti terhadap pilihan serangan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bournemouth, Neill Blake. – Reuters


Tinggalkan komen anda