Andy Murray semakin pulih


shadow
ANDY Murray.

WASHINGTON: Juara tiga kali Grand Slam, Andy Murray semakin hampir untuk kembali ke acara perseorangan enam bulan selepas pembedahan pinggul apabila menyertai abangnya, Jamie untuk kemenangan acara beregu di Terbuka ATP Washington, awal pagi tadi.

Adik beradik Murray itu yang berpasangan buat kali pertama sejak 2016 di Olimpik Rio, mengetepikan pasangan Perancis, Nicolas Mahut dan Edouard Roger-Vasselin 6-4, 6-7 (7/9), 10-5 untuk mara ke kelompok lapan terakhir kejohanan pemanas badan Terbuka Amerika Syarikat itu.

“Ia suasana yang bagus,” kata Andy Murray. “Saya rasa ia seperti ada mata yang bagus dan reaksi pantas di sana.”

Andy Murray berlatih untuk acara perseorangan dan bermain dalam acara beregu ketika bekas pemain nombor satu dunia itu yang kini berkedudukan ke-222, dalam proses pemulihan kerana pembedahan pinggul pada Januari.

Pemain berusia 32 tahun dari Scotland itu tampak akan bersara sebelum pembedahan. Dia kembali ke gelanggang pada Jun untuk acara beregu ketika sedang dalam pemulihan.

“Saya berada dalam kedudukan lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Murray. “Secara fizikal saya sebenarnya jauh lebih baik. Untuk bersaing sekali lagi dan tanpa kesakitan ialah sesuatu yang hebat.” – AFP

Tinggalkan komen anda