99,000 saksi Suarez benam Arsenal


shadow

BARCELONA: Jaringan cantik Luis Suarez lewat permainan memastikan Barcelona menjulang Piala Joan Gamper dengan mengatasi Arsenal 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Camp Nou pagi tadi yang padat dengan kehadiran 99,000 penonton yang mahu menyaksikan Antoine Griezmann muncul kali pertama sejak pindah dari Atletico Madrid.

Suarez menggembirakan penyokong tuan rumah selepas menyudahkan hantaran Sergi Roberto pada minit ke-89.

Camp Nou yang sesak dengan 99,000 penonton nyata mahu melihat aksi pertama Griezmann dan Frenckie De Jong.

Arsenal mendahului saingan di babak pertama menerusi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang sebelum Barca menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Ainsley Maitland-Niles. 

“Ia perlawanan yang menghiburkan, suasana perlawanan sangat hebat dan ia masa terbaik untuk kami bersatu dengan penyokong,” kata pengendali Barca, Ernesto Valverde.

“Saya rasa kami memulakan musim ini dengan baik, tapi kami lambat mendapat rentak di babak pertama.”

Barca musim ini mensasarkan gelaran Liga Juara-Juara bagi menebus kehampaan dengan kekalahan memalukan musim lalu ketika berdepan Roma dan Liverpool sejak dua musim lalu.

Kapten Barca, Lionel Messi diberi penghormatan memberi ucapan ringkas kepada penonton sebelum memulakan saingan.

Bagaimanapun Messi tidak diturunkan pada aksi berkenaan yang menyaksikan pemain muka baru diberi peluang menguji Arsenal yang kemudian meningkatkan corak permainan di babak kedua. – AFP

Tinggalkan komen anda