2 gol Griezmann bantu kebangkitan Barca


shadow

BARCELONA: Dua jaringan Antoine Griezmann membawa Barcelona kembali ke rentak kemenangan denan kejayaan 5-2 dalam La Liga mengatasi Real Betis awal pagi tadi.

Selepas pasukan juara itu dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Athletic Bilbao dalam saingan pembukaan musim minggu lalu, mereka bangkit dengan penuh gaya awal pagi tadi.

Jaringan Carles Perez, Jordi Alba dan Arturo Vidal melengkapkan hari perlu diingati di Catalan ketika mereka meraikan penampilan ke-500 pemain pertahanan, Gerard Pique buat kelab berkenaan.

Barca, yang tampil tanpa pemain tonggak, Lionel Messi, bermula perlahan dan ketinggalan apabila Nabil Fekir meledak pada minit ke-15.

Griezmann, yang menyertai Barca bulan lalu daripada tetangga, Atletico Madrid, menjaringkan gol empat minit sebelum tamat separuh masa.

PEMAIN Barcelona, Antoine Griezmann menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Real Betis pada aksi La Liga di Camp Nou, awal pagi tadi. – Foto Reuters

Jaringan sulung pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu menjadi pemangkin buat juara Sepanyol itu yang menjaringkan empat lagi gol dalam tempoh 27 minit babak kedua.

“Saya gembira dengan apa yang kami lakukan pada babak petama, tetapi apabila anda ketinggalan, anda sentiasa fikirkan ada yang perlu diubah,” kata jurulatih Ernesto Valverde.

“Kami perlu menjaringkan gol dan jaringan yang menjadikan 1-1 mengubahnya dan kami boleh menjaringkan gol kedua (sebelum tamat babak pertama). Perlawanan sangat pantas dan kami suka seperti itu.” – Reuters

PEMAIN Barcelona, Antoine Griezmann meraikan jaringannya bersama Sergi Roberto dalam perlawanan menentang Real Betis pada aksi La Liga di Camp Nou, awal pagi tadi. – Foto Reuters

Tinggalkan komen anda