Vettel mahu akhiri mimpi ngeri di laman sendiri


shadow
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel.

HOCKENHEIM, Jerman: Sebastian Vettel dan Ferrari berharap dapat mencuri kemenangan daripada Lewis Hamilton dan Mercedes pada Grand Prix Jerman hujung minggu ini.

Vettel, juara empat kali mahu mengakhiri “mimpi ngeri” tahun lalu apabila beliau yang bermula dari petak utama mengalami kemalangan dan memberikan kejayaan kepada lawannya dari Britain itu.

Vettel hanya memenangi satu perlumbaan iaitu di Belgium tahun lalu, sejak insiden memalukan di Jerman.

Juara dunia lima kali dan juga pendahulu tahun ini, Hamilton pula tidak menoleh ke belakang apabila mendahului kejuaraan dengan 39 mata di depan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

Vettel yang dilahirkan berhampiran Heppenheim, mengakui kesilapan dan kekecewaan dilakukan memberi kesan terhadap pemburuan kemenangan.

Hamilton pula memburu kejayaan kelimanya di Jerman hujung minggu ini dengan Mercedes bakal meraikan rekod ke-200 sebagai pengeluar terbaik dan juga keempat di Hockenheim, di mana menyaksikan tuah belum menyebelahi Vettel.

Satu-satunya kejayaan di Jerman dicapai Vettel adalah di Nurburgring pada 2013, setahun selepas kejayaan terakhir Ferrari di Jerman apabila Fernando Alonso mencipta kemenangan di Hockenheim pada 2012 – satu rekod yang tidak menggembirakannya.

“Saya tahu bagaimana dan saya tahu yang kami perlu baiki daripada apa yang berlaku tahun lalu,” kata Vettel. – AFP


Tinggalkan komen anda