Spurs jual Janssen


shadow
Gambar fail, pemain Tottenham, Vincent Jassen. – Foto Reuters

LONDON: Tottenham Hotspur bersetuju menjual penyerang Belanda, Vincent Janssen ke kelab Mexico, Monterrey selepas kegagalannya mencetus impak yang diharapkan sepanjang tiga tahun bersama naib juara Eropah itu.

“Kami sudah mencapai persetujuan dengan kelab Mexico, C.F. Monterrey membabitkan perpindahan Vincent Janssen,” kata kelab Liga Perdana itu dalam satu kenyataan, semalam.

Perincian kewangan mengenai perjanjian itu tidak didedahkan tetapi media Belanda melaporkan pemain berusia 25 tahun itu, yang menyertai Spurs dari AZ Alkmaar dengan nilai sekitar 17 juta pound (RM87.16 juta) pada Julai 2016 dibeli Monterrey dengan harga $7.81 juta dolar AS (RM32.20 juta).

Janssen bergelut untuk bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kelab itu dan hanya membuat 42 penampilan dan meledak enam gol.

Selain itu, dia pernah dipinjamkan ke kelab Turki, Fenerbahce. – Reuters

Tinggalkan komen anda