Pembedahan Maradona berjaya


shadow
Bekas kapten Argentina, Diego Maradona.

BUENOS AIRES: Bekas kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia, Diego Maradona berjaya menjalani pembedahan lutut di sebuah klinik dekat Buenos Aires, hari ini kata peguamnya.

Bekas pengendali pasukan kebangsaan Argentina itu meletak jawatan di kelab divisyen dua Mexico, Dorados bulan lalu kerana masalah kesihatan hanya selepas sembilan bulan mengetuai kelab berkenaan.

Peguamnnya, Matias Morla mendedahkan bahawa Maradona perlu menjalani pembedahan di lutut dan bahunya.

“Semuanya berjalan lancar,” kata Morla menerusi akaun Twitter miliknya merujuk kepada pembedahan di lutut kanan Maradona.

Anggota media menunggu di luar Klinik Olivos dimana bekas pemain bola sepak Argentinian Diego Armando Maradona menjalani pembedahan lutut, di Buenos Aires, Argentina. – Foto EPA

Pelantikan Maradona di Dorados pada September adalah sesuatu yang mengejutkan walaupun dia memiliki sejarah yang panjang sejak meninggalkan pasukan kebangsaan selepas Piala Dunia 2010.

Ia mencetuskan minat dalam kalangan mereka yang skeptikal kerana Dorados berpangkalan di selatan negeri Sinaloa, yang terkenal dengan kumpulan dadah besar diterajui Joaquin “El Chapo” Guzman, yang dipenjara di Amerika Syarikat awal bulan ini.

Maradona, 58, juga memiliki sejarah penyalahgunaan dadah termasuk kokain. – AFP

Tinggalkan komen anda