Pacquiao kepada Mayweather: ‘Rematch dengan saya kalau mahu terus relevan’


shadow

Pacquiao (kiri) dan Mayweather pernah bertembung pada Mei 2015, namun pertarungan itu berakhir dengan Pacquiao ditewaskan menerusi unanimous decision. – Gambar failMANNY Pacquiao mencabar Floyd Mayweather Jr untuk mengadakan ‘rematch’ (pertarungan semula) dengannya jika bekas juara tinju dari Amerika Syarikat itu mahu terus relevan.

Petinju legenda dari Filipina itu membidas kenyataan Mayweather baru-baru ini yang dilihat mengkritik perjalanan kariernya.

“Floyd Mayweather, anda datang ke perlawanan saya dan lepas tu gunakan nama saya dalam posting, tetapi kata saya yang mahu kekal relevan? Kalau kamu hendak menjadi relevan semula… #MayPac2,” katanya menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini.

Manny Pacquiao@MannyPacquiao

?

.@FloydMayweather You come to my fight and then use my name in a post but I’m the one that is trying to stay relevant? if you want to be relevant again… #MayPac233.5K11:04 AM – Jul 24, 2019Twitter Ads info and privacy13.2K people are talking about this
Mayweather menerusi laman Instagramnya pada Rabu, mendakwa karier dan legasi ‘PacMan’ telah dibina atas namanya, dan bukan dari Pacquiao sendiri.BACA:Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA

Petinju berusia 42 tahun itu turut mengecam peminat yang mengatakan dia takut kepada Pacquiao sedangkan dia telah pun menewaskannya pada pertarungan mereka dahulu.

“Apa yang lucu ialah, kami akhirnya bertarung, dan saya menang dengan mudah sehingga semua terpaksa makan kata-kata mereka sendiri.

“Semua yang kononnya pakar tinju, pengkritik dan peminat Amerika yang dengki telah sama ada senyap dan lari atau kemukakan alasan kenapa saya patut ‘rematch’ dengan Pacquiao,” kata petinju yang memegang rekod tanpa kalah 50-0.

Pacquiao, 40 tahun, meraih kejuaraan welterweight WBA (super) selepas menewaskan Keith Thurman di Las Vegas, pada Ahad.

Pertarungan itu menyaksikan Pacquiao, 40 tahun, menumpaskan juara bertahan dari Amerika Syarikat itu menerusi keputusan ‘split decision’ selepas 12 pusingan.

Dengan keputusan terbaharu ini, Pacquiao yang merupakan satu-satunya juara dunia dalam lapan divisyen, kini melebarkan rekodnya kepada 62-7-2.

Pacquiao dan Mayweather pernah bertembung pada Mei 2015, namun pertarungan itu berakhir dengan Pacquiao ditewaskan menerusi ‘unanimous decision’ (keputusan sebulat suara) selepas 12 pusingan.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda