Everton tingkatkan tawaran buat Zaha


shadow
WILFRIED Zaha

LONDON: Everton tampak akan cuba menepis minat ditunjukkan Chelsea dalam pemburuan bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha dan sanggup membayar £60 juta pound (RM307 juta) termasuk Cenk Tosun, menurut laporan. 

Zaha setakat ini menarik minat Everton dan Arsenal dalam pasaran perpindahan selepas baru-baru ini mengakui dia mencari cabaran baharu untuk membangunkan kariernya. 

Dan menurut Telegraph, Chelsea pula menyertai perlumbaan itu dan mengumpan dengan wang yang banyak untuk mendapatkan bintang Palace itu apabila penggantungan terhadap pasukan itu tamat musim panas depan.  

Namun sekuad Toffees bersedia menolak sebarang ancaman daripada Blues dengan menawarkan £60 juta pound (RM307 juta) kepada Palace buat Zaha termasuk memberikan penyerang Turki, Tosun dalam perjanjian itu.

Skuad kendalian Frank Lampard kini berdepan penggantungan dua tahun dalam pasaran perpindahan pemain dan tidak boleh menandatangani sesiapa musim panas ini.

Ia tampak memudahkan pasukan berpangkalan di Selhurst Park itu kerana mereka boleh mengekalkan bintang itu yang dinilai berharga £80 juta pound (RM410. juta) untuk setahun lagi.

Potensi perpindahan ke Chelsea juga meningkatkan peluang Palace mendapatkan penyerang Michy Batshuayi, yang kini dipinjamkan ke skuad Eagles untuk babak kedua musim lalu dari Stamford Bridge. 

Zaha dilaporkan sudah menyedari minat ditunjukkan Chelsea walaupun pasukan itu masih belum melakukannya secara rasmi. – Agensi

Tinggalkan komen anda