Bale ikut nasihat doktor – Zidane


shadow
PEMAIN Real Madrid, Gareth Bale. – Foto REUTERS

MADRID: Gareth Bale tidak turut serta bersama Real Madrid bagi menyertai Piala Audi kerana mengikut nasihat doktor, menurut ketua jurulatih, Zinedine Zidane.

Madrid mengalami kekalahan ketiga dalam penampilan pra musim di Arena Allianz semalam yang menyaksikan Harry Kane membantu kejayaan 1-0 Tottenham tatkala penjaga gol, Keylor Navas beraksi cemerlang.

Bale tidak disenaraikan dalam skuad bagi kejohanan pertunjukan itu tetapi kemungkinan disenaraikan semula oleh Zidane selepas perpindahan pemain itu ke kelab Liga Super China, Jiangsu Suning pada hujung minggu lalu dibatalkan.

“Bale tidak turut serta kerana dia masih belum sembuh sepenuhnya,” kata Zidane kepada pemberita.

“Doktor mengesahkan, lebih baik supaya Bale kekal di Madrid dan berlatih di sini. Itu sahaja. Keputusan itu diambil secara bersama, selepas bercakap dengannya. Itu sahaja.”

Zidane juga enggan mengulas mengenai masa depan James Rodriguez – seorang lagi pemain yang dikatakan tidak memehuni kehendak Zidane – tetapi hangat dikaitkan bakal pindak ke Real.

“Saya selalu berfikir positif, saya tahu ia adalah sukar, kami mengharungi musim sukar dan peminat Madrid mungkin tidak berfikir tentang itu tetapi kami mempunyai pasukan yang hebat.

“Kami tidak bersedia lagi tetapi kami akan dapat keyakinan dan bermain serta keluar daripada perkara ini. Kami hanya perlu memenangi perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tinggalkan komen anda