Arsenal pinjam Ceballos semusim


shadow
Pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos.

LONDON: Arsenal mengumumkan hari ini kelab itu menandatangani pemain tengah Real Madrid, Dani Ceballos secara pinjaman untuk semusim.

Pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu, yang membuat 23 penampilan La Liga dalam kempen 2018/19, membantu skuad bawah 21 Sepanyol menjuarai kejohanan Eropah bulan lalu.

“Kami gembira Dani menyertai kami,” kata pengendali Arsenal Unai Emery. “Dia pemain berbakat dengan keupayaan teknikal yang hebat, kreatif dan tepat.”

Ceballos dilaporkan mempunyai pilihan lain, termasuk tawaran daripada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris lain, tetapi dia berkata peluang untuk bermain di bawah Emery membantu keputusannya.

“Jurulatih adalah faktor utama yang membuatkan saya menyertai kelab besar ini,” kata Ceballos.

“Dia dari Sepanyol dan mengenali saya ketika saya di kelab lain. Saya amat gembira mendapat peluang untuk membantu Arsenal mencapai sasaran kami.”

Ceballos adalah pemain kedua ditandatangani Arsenal sepanjang jendela perpindahan musim panas ini, selepas penyerang 18 tahun Gabriel Martinelli dari kelab Brazil, Ituano. – AFP

Tinggalkan komen anda