Remaja lelaki ditahan kes lempar bayi dari flat
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dicampak dari tingkat empat sebuah flat dekat Bayan Baru di sini, dua hari lalu. Suspek yang juga teman lelaki kepada ibu bayi terbabit, ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bayan Baru pada jam 8.40 malam.…